Selepas saja aku keluar dari pintu hospital, udara segar terus menyerbu dan menyapa muka ku. Aku berasa sungguh segar sekali. Ternyata, memang benar kata-kata mereka, aku perlu mengambil angin, makan dan sebagainya, agar fikiran aku tidak serabut.
"Kai, ada rokok sebatang..?" soalku kepada Kai.
"Ada.. Awat, hang mau sebatang ka? Bukan dah lama ka hang berenti? Kang Arissa tau camna, aku tamau tanggung. Ko tau la Arissa tuh kalau marah camna pasal hang hisap rokok.." Kai berkata.
"Memang laa aku dah lama berenti, tapi bagi sajala. Aku serabut hang tau dak??". Selepas itu, Kai terus menghulurkan kotak rokok Dunhill 14 ke arah ku. Kelibat Zippo yang sudah lama aku tidak lihat mengimbau kembali zaman aku menghisap rokok beramai-ramai.
"Aku bagi kat hang neh, aku tamau tanggung kalau Arissa dapat tau yang aku bagi rokok kat hang. Pandai-pandai la hang menjawab dengan dia," ujar Kai ketika menyerahkan kotak rokok tersebut.
Hembusan demi hembusan, asap rokok berkepulan di kawasan letak kereta hospital tersebut. Sambil itu, kami menghayati hembusan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa itu. Keadaan sunyi sepi itu membuat semua orang memikirkan hal masing-masing.
Tiba-tiba, Yoda memecahkan kesunyian, "Ned, hang tadi dah sipi-sipi nak bocoq rahsia tau dak.."
"Aku tau, aku sendri pun tak sedaq. Nasib baik hampa ada, kalau tak tadi abeh laa.." aku menyahut. Suasana kembali menyepi.
"Dah la Ned, jom aku hantaq hang balik. Lagipun satgi Rozie hingaq plak awat lambat sangat balik. Hang bukan tatau Rozie tuh, 5 minit lambat pun dia hingaq.. Haha..".
Keheningan malam tersebut pecah dek perlakuan kami bertiga gelak bagaikan lupa segala masalah yang telah melanda kami. Aku menumpang kereta Yoda disebabkan rumahnya terletak berhampiran dengan rumah aku. Kai pula sudah lesap entah kemana. Laju macam pelesit.
Sekembalinya aku ke rumah, aku perhatikan keadaan rumah yang agak tersusun kemas. Aku menyandar di atas sofa. Peti televisyen aku nyalakan, punat-punat 'remote control' ku tekan-tekan, sambil mencari rancangan yang menarik untuk ditonton. Aku berhenti apabila siaran yang ku minati ke udara, Discovery Channel, bertajuk Mega Structures.
"Arissa pi keja dulu ya papa. Malam nanti Arissa masakkan untuk papa, kalau Arissa balik keja awal la. Kalau dak, ermm.."
"Kalau dak, Arissa belanja papa makan kat kedai mamak, lama tak pekena nasik beriyani GAM kat Putrajaya. Amacam.. Cun?" aku menyambung ayat Arissa yang tergantung tadi.
"Cun, Arissa belanja papa.. Hehe, nak pau Arissa la tuh," sambil mencebik bibirnya ke arah ku. Baru saja aku hendak menggeleteknya dek mencebik bibir ke arah ku, Arissa telah awal-awal lagi melarikan diri ke arah BMW nya.
"Amboi, dan lagi Arissa lari noo.." sambil aku mencekak pinggang.
"Ala ala, sayang papa Arissa sorang neh.. Majuk la plak, meh Arissa belikan papa ais-krim coklat meh." Arissa datang ke arahku dan memeluk ku. Kemudian dia mencium tangan aku sebelum beransur ke keretanya.
"Arissa pergi dulu ya papa. Papa jaga diri elok-elok yer. Arissa sayang sangat-sangat kat papa. Arissa berterima kasih kat papa selama ini sebab menjaga dan mendidik Arissa.." lalu Arissa beransur dan hilang dari pandangan ku.
Aku terkilan dan terkedu ketika Arissa berkata begitu terhadapku. Sayu rasanya sehingga tidak mahu mengizinkan Arissa pergi kerja hari ini. Tetapi, entah la. Aku sendri tidak tahu apa yang aku fikirkan ketika Arissa berkata begitu tadi.
Aku sedang bersiap-siap untuk pergi ke mesyuarat, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Tertera gambar Arissa di skrin telefon ku.
"Assalamualaikum papa," Arissa memberi salam.
"Waalaikumussalam sayang. Ada apa Arissa call papa? Terkejut papa tadi, jarang Arissa call papa tengah hari," jawab ku.
"Takdak apa-apa la pa, just nak habaq kat papa, Arissa balik lewat sikit. Tak dan nak masak kat papa. So kiranya Arissa belanja papa makan kat Putrajaya la. Nanti Arissa ambik papa kat rumah,ok dak?"
"Ok ja, apa-apa call papa,ok? Papa nak pi meeting neh, satgi lambat plak, hingaq boss papa lak nanti."
"Ok papa, assalamualaikum. Love you papa.."
"Waalaikumussalam, love you too sayang.." Aku menyahut.
Jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku memandang ke luar tingkap pejabat ku. "Mak aii, awat teruk sangat jem hari neh.. Ni malaih ada meting lambat-lambat ni," dengus hati kecilku. Aku pun bersiap-siap untuk pulang. Kebanyakkan pekerja aku telah lama pulang. Maklumlah, baru dapat gaji. Aku tersenyum sendirian mengimbau kembali ketika aku mula-mula bekerja. Sama saja perangaiku ketika itu.
Ketika aku hendak membelok masuk ke arah rumahku, aku ternampak kereta polis sedang menunggu di hadapan rumah ku. "Apa hal plak dah. Ada waran tangkap ka, saman aku tak bayaq ka.." hati ku berbisik sambil otak aku ligat berpusing mengingati apa-apa kesalahan yang telah dilakukan. Selepas aku memberhentikan kereta ku, dua orang pegawai polis menuju ke arahku.
"Ini rumah Cik Raja Nur Arissa Saffiyyah ker?" soal salah seorang pegawai polis tersebut.
"Ya, ni rumah dia dan saya ayahnya. Ada apa encik? Ada dia buat salah ka, saman tak bayaq ka?" aku resah menjawab pertanyaan polis tersebut.
Pegawai polis tersebut memandang sesama sendiri, sambil riak muka yang agak serius dan masam.
"Sebenarnya cik, anak encik telah terlibat dalam kemalangan. Dia cedera parah dan sedang dirawat dia Ampang Puteri Specialist Hospital," jawab seorang lagi pegawai polis tersebut dalam keadaan serba salah.
Aku terus tercepuk ke atas jalan raya, memikirkan baru sahaja sebentar tadi aku bercakap dengan Arissa di telefon. Aku tidak menyangka yang perkara buruk sebegini akan terjadi ke atas Arissa.
"Encik, encik... encik tak apa-apa ke? Encik..." suara tersebut terus perlahan-lahan lenyap.
Aku tersedar dari tidurku. Aku memandang jam di dinding, sudah pukul 5 pagi. Aku merasakan pipi ku basah, rupanya aku menangis.
"Ya Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selamatkanlah anak aku. Amin," aku memanjat doa ke hadrat Ilahi.