Monday, August 11, 2008

Arissa Part 9

Sesudah menyelesaikan semayang subuh, aku berdoa ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan anakku secepat mungkin. Ingin sekali aku meminta maaf secara berterus-terang dengannya.

"Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa kecilku, dosa-dosa besarku. Hanya Engkaulah yg dapat mengampunkan dosa-dosaku, Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa anakku, sesungguhnya dia bukan milikku, tetapi milik-Mu Ya Allah. Kau sembuhkanlah anakku, Kau berikanlah petunjuk-Mu, sebagaimana yang telah Engkau lakukan kepada hamba-hamba-Mu sebelumku. Ya Allah, aku telah mengingkari perintah-Mu, ku pinta agar Kau mengampuni diriku, agar aku terlepas dari segala siksaan Hari Akhirat-Mu kelak. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim."

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. "Arghh..kena pi ofis pulak lepaih ni", dengus hati kecilku, malasnya. Hatiku masih belum tenang untuk pergi ke kerja, apatah lagi hari ini aku terpaksa mengadap CEO dan ahli lembaga pengarah tentang projek terbaru syarikat. Mahu atau tidak, gagah jua aku pergi kerja. Aku terpaksa memanggil teksi kerana kereta ku di hospital. Belum sempat pun bergerak, jalan raya sudah pun sesak dengan kenderaan yang meluru ke arah ibu kota. Geram pun ada, motorsikal besarku adik kecil ku pinjam, sudah sebulan belum dipulangkan. Katanya sekejap jer.

"Bang, pinjam superbike abang sat buang seminggu",pinta adikku.

"Apsal lak,Impreza yang abang beli hari tu nak tauk tang mana? Susah-susah abang beli, nak pakai superbike cabuk abang lak?".

"Bukan apa bang, saja nak layan moto besaq abang tuh. Geram adik tengok, syok tengok abang layan kona hari tuh", adikku tersengih bagai kerang busuk.

"Haa, ambik laa.. Jangan bagi jahanam dah laa.. Moto tuh pun dah lama, sayang nak juai jaa.. Lingkop, hang pi repair kat Welly Batu Caves nuu," sambil aku menyerahkan kunci Honda CBR Naked Bike aku.

Teruk sangat dah ni, "Bang, tolong stop dekat stesen LRT paling dekat. Ni jem dah teruk ni, saya lambat, abang pun rugi minyak.".

Pemandu teksi tu mengiyakan saja kehendakku. Sambil memberi lampu isyarat ke kiri menghala ke arah Stesen LRT Taman Jaya. Aku menghulurkan duit kepada pemandu teksi.

"Encik, ni baki dia.".

"Takpa la bang, simpan saja baki tuh, buat belanja rumah dengan anak-anak abang," aku berkata sambil tersenyum.

"Terima kasih encik.".

Aku sempat melihat wajahnya yang penuh dengan kegembiraan dengan rezekinya hari tuh. Aku pun turut gembira kerana dapat menolong orang lain walaupun tak seberapa. Aku bersyukur dengan apa yang Tuhan telah berikan, tak salah aku pulangkannya semula.

Aku tiba di pejabatku agak terlewat gara-gara LRT penuh sesak dengan orang ramai. Setiausaha ku sudah menunggu dia pejabat ku untuk pergi ke meeting dengan lembaga pengarah.