Sunday, June 04, 2006

Arissa (Part 7)

"Arissa ,bangunlah nak..Bukak mata dan pandanglah papa..Papa minta maaf, sayang..Jangan tinggalkan papa,"aku mengenggam tangan Arissa. Airmataku sejak dari tadi mengalir. Naluri kebapaan ku menguasai ego kelakian. Aku tidak kisah jika Yoda dan Kai rasa jelik melihat seorang lelaki menangis.

Siti Hasmah yang merawat Arissa mengatakan Arissa koma kerana terdapat sedikit darah beku pada bahagian otak kanannya.Otaknya juga dikatakan mengalami gegaran impak dari kemalangan semalam. Sehingga kini Arissa masih terbujur kaku di atas katil Wad 532,Ampang Puteri Specialist Hospital. Kakinya disimen dan dadanya dibalut. Kaki kiri Arissa patah dan tulang rusuknya juga sedikit retak. Mujur tidak ada tulang rusuk Arissa yang patah dan menusuk mana-mana organ dalaman Arissa.Jika tidak..Ah, aku sendiri tidak boleh membayangkannya!Wayar-wayar dan tiub berselirat pada tubuh Arissa.Terasa hiba apabila menatap tubuhnya yang lemah tak berdaya dibalut-balut dan terpaksa dibantu dengan mesin-mesin itu.

Tangannya ku belai,ku cium. Ditelinganya aku berbisik kata-kata semangat agar dia terus kuat bertarung dengan maut kerana aku tidak boleh hidup tanpa Arissa. Sesekali airmata jantan ku menitis lagi, kemudian segera aku seka dari terus dilihat Kai,Yoda dan Daniel yang berada di dalam wad itu. Aku harus cekal dan tabah. Aku akan sentiasa bersama di sisi Arissa.

"Uncle..Uncle balik la dulu. Biar Daniel jaga Arissa. Uncle dari semalam belum tidur, belum makan.. Baliklah berehat,Uncle ," Daniel yang sedari tadi duduk bersebelahanku di sisi katil Arissa mula bersuara.Daniel berada di sini menemani aku sejak semalam. Aku menelefonnya sebaik sahaja aku mendapat berita buruk yang menimpa diri Arissa. Tidak seperti Arissa, Daniel memilih untuk menceburi bidang perniagaan. Memang latar belakang keluarganya sendiri semuanya dari golongan ahli korporat. Walau bagaimanapun Daniel memilih untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan tidak mengambil alih perniagaan keluarganya.

"No,"jawabku dengan nada tegas . "Bagaimana kalau ada apa-apa yang terjadi pada Arissa nanti? " aku cuba memperlahankan sedikit suara dan menenangkan perasaan. Aku yakin Daniel sedikit terkejut apabila aku membentak tadi. Kasihan Daniel." Sorry, Daniel, Uncle tak berniat nak marah Daniel. Tapi Uncle tak boleh tinggalkan Arissa. Uncle nak berada di samping Arissa bila dia buka mata nanti. Bagaimana jika ada sesuatu yang menimpa Arissa dan Uncle tak sempat untuk meminta maaf dengan Arissa.." jelasku dengan nada yang sayu.

Daniel mengerutkan dahi. Seolah-olah keliru dengan apa yang aku jelaskan tadi.

"Uncle nak minta maaf dengan Arissa? Kenapa? Uncle ada buat salah dengan Arissa?" Daniel bertanya. Dia merenung tajam ke arahku. Aku mengalihkan padangan ke arah Kai dan Yoda yang berdiri berhampiran dengan pintu wad. Kai dan Yoda memandang ke arahku. Kemudian mereka memandang sesama sendiri. Kami diam seketika.

"Takde apa-apa. Tapi soalnya, Uncle tanak tinggalkan Arissa," aku cuba menukar subjek dan memilih untuk tidak menjawab soalan Daniel. Aku mengerling ke arah Daniel. Kemudian aku kembali mencium tangan Arissa. Aku melihat Daniel yang duduk di sebelahku dengan ekor mata. Ternyata dia masih ingin tahu. Tetapi aku yakin dia tidak berani untuk menyoal dengan lebih lanjut atau memaksa aku memberi jawapan kepada soalan-soalannnya tadi.

Kemudian pintu wad diketuk perlahan. "Assalamualaikum," Siti Hasmah berdiri di depan pintu memegang stetoskop dan sebatang pen."Firdaus, aku nak check Arissa sat," dia meminta izin lalu datang menghampiri katil.Daniel ketepi memberi laluan kepada Siti Hasmah untuk memeriksa Arissa.

Aku mengesot sedikit, walau apa-apa pun terjadi, aku tidak akan berganjak dari kerusi ini. Aku mahu sentiasa dekat di sisi Arissa. Siti Hasmah memakai stetoskop ke telinga dan dilekapkan hujung stetoskop ke dada Arissa. Kemudian memegang pergelangan tangan kiri Arissa untuk memeriksa denyutan nadinya.Semua mata yang ada di dalam wad itu tertumpu kepada sepupuku yang sedang menjalankan tugasnya.

"Macam mana dengan keadaan dia?" aku terus mengajukan soalan kepada Siti Hasmah sebaik sahaja dia selesai memeriksa keadaan Arissa.Ketika itu Siti Hasmah sedang mencatatkan sesuatu pada carta pesakit yang disediakan untuk mencatat setiap pemantauan yang dilakukan kepada Arissa. Siti Hasmah menarik nafas panjang kemudian menggantung carta itu ke kaki katil.

"She's stable for now. She's in a temporary coma. Jangan risau, nanti dia sedaq la balik, cuma ambil masa sedikit. Takpa Firdaus, I'll gurantee that she'll be fine. Sabaq la sikit," begitulah penjelasan yang aku terima dari Siti Hasmah. "You should go home. Baba dan Mama hang semua ada di rumah hang sekarang. Balik la, berehat," Siti Hasmah pula memujuk aku.Aku hanya membisukan diri.Mataku terpaku kepada Arissa yang masih kaku terbaring di atas katil.

"Takpe Siti, i'm ok. I just want to be with my daughter," jawabku perlahan. Yoda datang merapati aku. Dia memegang bahu kananku.

"Hang ni, awat keras kepala sangat. Arissa ok.. Dia takda apa-apa. Satgi-satgi dia bangunlah. Hang balik la dulu, pi rehat. Aku tengok hang dah serabai sangat. Hang letih dah ni. Hang dah la tak makan apa-apa lagi sejak semalam," Yoda mengurut-urut sedikit bahuku sambil memujuk aku untuk balik berehat. Tangannya aku tepis perlahan.

"Aku ok,jangan risau," jawabku ringkas. Yoda menyerah kalah lalu berundur. Siti Hasmah menggeleng-gelengkan kepala. Daniel pula hanya menundukkan mukanya. Semuanya seperti kesal dengan perangaiku.Tapi mereka tidak mengerti betapa aku mahu berada disamping Arissa setiap masa. Masakan boleh aku meninggalkan Arissa seorang diri di wad dan aku pulang berehat?? Dia anakku!

"Ned, kau dengar sini. Aku janji dengan kau, kalau kau balik malam ni, esok pagi aku sendiri akan datang jemput kau dan kita sama-sama pergi ke sini semula menjenguk Arissa. Aku yakin Arissa takkan membuka matanya setidak-tidaknya esok. Percayalah. Dia perlukan masa untuk dia sedar semula. Aku yakin bukan malam ni. Kau boleh balik berehat dulu," Kai pula bersuara."Biarlah Daniel jaga dia dulu.Daniel orang muda, dia takpa berjaga malam. Kita ni? Lagi-lagi kau tu. Kau dah la ada darah tinggi, sakit jantung. Kau juga kena berehat,jaga kesihatan kau," pujuk Kai lagi.Aku hanya membatukan diri. Aku terusmembelai-belai rambut Arissa.

"Siti pun ada kat sini untuk tengok-tengokkan dia. Arissa anak sepupu dia jugak," sambung Kai lagi. Tapi aku masih juga seperti tadi, tidak berganjak. Kai juga menyerah kalah dengan kedegilanku. Dia menggelengkan kepala.

Daniel pula kembali merapati aku.Barangkali mahu mencuba nasib untuk memujuk aku.

"Uncle..walau apa pun yang Uncle telah lakukan pada Arissa, Daniel yakin dia telah lama memaafkan Uncle. Tidak perlu Uncle ucapkannya sendiri. Uncle dah didik dia dengan sempurna. Dia baik. Dia pemaaf," kata Daniel dalam separuh berbisik. Kata-katanya membuatkan perasaanku sayu. Airmata jantanku tidak tertahan lagi. Aku menangis teresak-esak. Kali ini Kai dan Yoda kedua-duanya sudah berada disampingku dan kedua-duanya mengusap belakangku menyuruh aku tenang. Daniel juga aku lihat kelihatan sayu ketika melihat aku menangis.

"Uncle tentu tau , Arissa sayang Uncle. Arissa sentiasa risaukan kesihatan Uncle. Kalau sekiranya Arissa tau Uncle berjaga 2 malam berturut-turut, tak berhat langsung, apa kata Arissa nanti? " Daniel bersuara kembali. Benar kata Daniel. Selama ini, Arissalah orang yang paling risau tentang kesihatan ku.Arissa sentiasa memastikan aku berehat secukupnya di rumah setiap kali pulang dari kerja. Dia pantang melihat aku membuat kerja-kerja berat. Kalau sekiranya aku stress di pejabat, dia pasti akan datang menjenguk aku dan mengambil alih tugasku untuk sementara atau setidak-tidaknya menyuruh aku pulang berehat. Mengenangkan semuanya kembali, aku tersenyum sendiri. Aku mengesat airmata.

"Baiklah.." akhirnya aku bersetuju. Aku termakan pujukan Daniel. Aku menepuk bahunya dan tersenyum. "Tapi, Daniel janji dengan Uncle.. kalau ada apa-apa perkembangan tentang Arissa, cepat-cepat bagitau Uncle," aku berpesan kepada Daniel yang tersenyum kembali kepadaku. Dia mengganggukkan kepala.Aku mengusap ubun-ubun kepala Arissa kemudian menciumnya perlahan. "Papa balik dulu Arissa. Esok pagi papa datang lagi. Please don't leave me while i'm away.."aku berbisik ditelinga Arissa dengan perlahan.

"Dah dah, jom balik. Mai sini aku bawak kereta, tumpangkan hang. Kereta hang biaq pi dulu kat hospital ni. Aku tak mau hang bawak kereta sorang-sorang" Yoda menarik bahuku. Kai sudah berada dihadapan pintu wad menunggu kami.Siti Hasmah juga tersenyum.Aku melangkah perlahan menuju ke muka pintu wad sambil bahuku dipeluk Yoda. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari wad 532, aku menoleh ke arah Arissa untuk sekian kalinya.

"Siti, take a good care of my Arissa," pesan terakhirku sebelum aku melangkah meninggalkan wad, meninggalkan Arissa untuk dijaga oleh Daniel dan Siti Hasmah buat sementara.

Papa balik dulu,sayang..