Saturday, April 29, 2006

Arissa (Part 3)

"Selamat pagi cikgu," kedengaran murid-murid kelas 1 Merah memberi ucapan selamat pagi. Ya, hari ini ada hari pertama Arissa pergi ke sekolah rendah. Semasa di tadika, cikgu tadika tersebut selalu memuji-muji Arissa. Katanya, Arissa cerdik, senang diajar dan cepat memahami apa yang dikatakan. Alhamdulillah, syukur aku melihat anak aku mempunyai akal yang cerdas dan bijak.

"Selamat pagi murid-murid. Mulai hari ini, cikgu akan menjadi guru kelas kamu semua. Nama cikgu ialah Cikgu Norma.". Eh, aku terdengar nama cikgu tersebut dan terus teringat yang cikgu aku juga bernama Norma ketika aku memasuki darjah 1. "Baiklah, untuk hari ini, cikgu nak kamu semua memperkenalkan diri masing-masing. Nama kamu, berasal dari mana dan cita-cita kamu. Kita mulakan dari barisan ini," sambil Cikgu Norma menunjukkan ke arah Fatin, salah seorang kawan baik Arissa dari tadika. Selepas satu demi satu memperkenalkan diri masing-masing. Tiba giliran Arissa. Sambil itu, aku terkenangkan zaman persekolahan dulu, cukup dengan suka dan duka.

"Nama saya, Raja Nur Arissa Saffiyyah binti Raja Mohammad Firdaus. Saya berasal dari utara semenanjung Malaysia, Kedah. Cita-cita saya nak jadi pramugari, cikgu. Macam mama saya.". "Eh, awak mana ada emak. Awak tipu, saya tak nampak pun mak awak kat luar tuh," cebik salah seorang murid. "Adalah, sapa kata takdak. Awak mana tau, mama saya selalu kerja kat oversea. Dia jarang ada kat balik Malaysia.". "Eleh, awak tipu. Kalau betoi, takkan dia tak mai tengok awak masuk sekolah hari ni. Semua orang mak bapak dia mai. Awak saja tadak," cebik murid itu lagi. "Orang kata ada, ada laa!!," aku terkejut dan tersedar dari lamunan ku ketika terdengar Arissa menjerit.

Keadaan agak kecoh seketika di dalam kelas 1 Merah. Terdengar pertikaman lidah antara Arissa dan murid tersebut. "Sudah, jangan bergaduh. Arissa, Daniel, duduk.". "Daniel, cikgu tak nak dengar dah Daniel mengejek Arissa atau cakap pasal mama Arissa. Kalau cikgu dengar skali lagi, cikgu denda Daniel. Daniel tertunduk malu mendengar arahan dari Cikgu Norma. "Sekarang, minta maaf dengan Arissa," tambahnya lagi. "Saya minta maaf Arissa," kata Daniel. "Tak mau kawan.". Amboi, melawan jugak anak aku sorang ni. Aku menjegil dan menggelang kepada Arissa ketika dia memandang aku. "Baiklah, saya maafkan awak," kata Arissa.

Setengah hari aku menunggu Arissa di sekolah, dan kelihatan ramai juga ibu bapa yang lain menunggu anak-anak mereka. Sempat juga aku berbual-bual dengan beberapa orang. Ada juga kawan-kawan sekerja ku menghantar anak mereka ke sekolah yang sama. Jadi, tidak la aku bosan sangat.

Kringggg.... Loceng sekolah berbunyi tepat pada pukul 1.15 tengah hari. Terlihat ramai pelajar bertempiaran lari keluar dari bilik darjah masing-masing. Hingar bingar, tetapi itu yang membuatkan aku tersenyum sendirian. Teringatkan zaman sekolah aku, sama seperti ini jua, cuma tak banyak kereta. Yalah, dulu ekonomi tak sebagus sekarang. Sambil aku tersenyum, aku terdengar suara memberi salam, "Assalamualaikum papa," sapah Arissa. "Waalaikumussalam Arissa. Camna sekolah hari ni, ok dak?", tanya aku. "Boleh la papa, tak belajaq apa-apa pun. Cikgu duk cakap banyak ada laa. Papa sihat dak ni? Papa penat tak? Arissa kesian kat papa, kena tunggu Arissa sampai abeh kelas.". "Laa, takpa la. Papa ok jaa. Lagipun, Arissa anak papa.
Mesti la papa tunggu buah hati papa neh, mana buleh tinggai," kata ku. "Thank you papa, Arissa sayang kat papa." katanya sambil memelukku. Tapi aku dapat lihat dari sinar kaca matanya yang penuh kehampaan kerana insiden di dalam kelas pagi tadi.

Hari ini, aku tidak bekerja. Aku menemani Arissa seharian. Bawa dia ke mana sahaja dia hendak pergi. Aku ingin menceriakan Arissa, tidak mahu melihat dia muram. Tetapi segala usaha aku tidak berjaya. Tetap muram dan bertanyakan aku pasal mamanya."

"Arissa, mai makan malam neh. Papa dah masak untuk Arissa ni," laungku dari bawah. "Arissa, mai la. Satgi sejuk, tak sedap nak makan.". Ternampak Arissa turun dari tingkat atas dengan lemah longlai. "Kenapa ni Arissa, papa tengok Arissa cam tak larat ja, tak sehat ka?", tanyaku. "Tak da la papa, ngantuk saja," Arissa membalas. "Papa, mama mana?". Tersedak aku ketika Arissa bertanyakan soalan itu. "Mama kerja kat oversea sayang, dia tak dak masa nak balik. Kan dia kerja pramugari," aku cuba senyum walaupun paru-paru aku tercekik tadi. "Tapi mama tak pernah telefon atau hantaq surat kat Arissa pun, dia dah tak sayangkan Arissa ngan papa ka?". "Tak la, mama sayangkan kita berdua, cuma la ni mama tak dak masa nak balik saja," balasku. "Nanti besar, Arissa tak nak jadi pramugari dah. Arissa nak jadi engineer cam papa. Arissa tak mau papa dok sorang-sorang, sbb Arissa sayangkan papa.". Terkedu aku mendengar luahan hati Arissa, aku tak sangka, Arissa begitu sayangkan aku. Tiba-tiba aku rasakan ada air yang mengalir di pipi ku. Tanpa ku sedari, aku menangis. Arissa tangkas bangun dan menyeka air mata ku dari mengalir. "Papa jangan menangis tau, Arissa takkan tinggalkan papa. Biaq pi la apa nak jadi, Arissa nak dok ngan papa," pintas Arissa sebelum aku sempat mengeluarkan kata-kata. Aku memeluk Arissa dan mengucup pipinya. Ya Allah, tabahkan lah hati anakku ini untuk menghadapi rintangan dan ujian-MU yang mendatang, aku berdoa.

"Arissa, Arissa, bangun sayang. Dah pagi ni, pi mandi. Satgi papa nak hantaq pi sekolah.". Kelihatan Arissa mengeliat, sedap tidor gamaknya. Mana taknya, semalam hujan lebat dan sejuk. "Arissa dah siap ka? Mai turun, makan, satgi lapaq pulak pi sekolah," ujarku. Ternampak Arissa turun dengan agak longlai. Aku tersenyum memandang Arissa. "Awat papa duk senyum cam kambing jer neh, ada apa-apa ka papa?", perli Arissa. "Takda apa-apa la Arissa, papa happy tengok Arissa nak pi sekolah, hehe. Dah, makan la."

"Papa ada something nak bagi kat Arissa neh.". "Apa dia papa," Arissa nampak seperti tidak sabar, seolah-olah ada sinar di dalam matanya. "Tadaaa, nah. Ada surat untuk Arissa. Dari orang yang Arissa nak jumpa sangat-sangat," kata ku. "Surat dari mama?!!!!", Arissa seolah-olah dapat menangkap maksud ayatku itu. Aku mengangguk. Arissa nampak girang, seolah-olah dapat sesuatu yang cukup berharga. Dia terus membuka dan membaca isi kandungan surat itu.

Assalamualaikum,



Hai Arissa, apa khabar. Arissa sehat tak? Mama mintak maaf, selama ni mama tak dapat nak jenguk Arissa dengan papa kat Malaysia. Mama terlalu sibuk, bukan mama tak nak. Mama benar-benar bersalah terhadap Arissa kerana tak dapat nak membesarkan Arissa dengan tangan mama sendiri. Mama tau, mungkin Arissa tak dapat nak maafkan mama atas kesalahan mama. Tapi mama nak Arissa tahu, yang mama sangat rindukan Arissa dan papa. Mama akan cuba sedaya upaya untuk balik ke Malaysia. Doakan mama cepat habis kerja kat sini, ok sayang? Mama tahu yang Arissa dah masuk sekolah rendah dah. Mama doakan semoga Arissa berjaya dalam pelajaran, ok? Belajar rajin-rajin, nanti ada rezeki, mama pulang ke Malaysia. Mama sayangkan sangat kat Arissa, tak penah mama lupakan Arissa. Jangan lupakan mama, ok sayang?



-Mama mu-

Kerana terlalu gembira, Arissa menyuruhku cepat-cepat hantar ke sekolah. Aku bertanyakan kenapa. Dia mahu menunjukkan surat tersebut kepada kawan-kawan sekolahnya. Aku menuruti sahaja kehendaknya. Tak sampai hati aku melihat Arissa menangis lagi. Cukupla penderitaan Arissa selama ini yang ditanggungnya.

Di sekolah, Arissa menunjukkan surat tersebut kepada kawan-kawan sekelasnya. Semua berasa gembira kerana Arissa membuktikan yang dia mempunyai mama. Aku pun turut gembira walaupun sebenarnya aku tidak berasa sedap hati. Ah, biarkan sajalah. Wajah gembira Arissa menenggelamkan rasa tersebut. Aku memanggil Arissa. "Arissa, hari ni papa kerja, nanti dah habis sekolah, papa mao amik Arissa, ok? Arissa jangan pi mana-mana tau. Tunggu kat sini.". "Baik papa, Arissa janji. Sayang papa." balas Arissa dengan penuh senyuman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home