Tuesday, May 16, 2006

Arissa (Part 6)

Terasa indah bila cinta telah bertemu..
Terasa syahdu bila hati telah bersatu..
Tak dapat ku mungkiri apa yang kurasakan,di saat-saat kita bersama..

Lagu "Tanpamu" nyanyian Farawahida bermain dicorong radio kereta Toyota Altezza ku.Sudah agak lama aku tidak mendengar lagu ini.Dahulu,lagu ini sering menjadi siulan aku ketika bersama dia. Sewaktu sedang masyuk bercinta. Tetapi entah mengapa, kini aku sudah lama tidak bertemu dia. ‘Ke mana perginya engkau sekarang?’.

"Best la pa lagu ni.Siapa penyanyi dia?" Arissa yang duduk disebelah tempat duduk pemandu tiba-tiba bersuara. Arissa menggerak-gerakkan kaki mengikut rentak lagu itu.Diribanya ada hadiah yang kami beli bersama untuk Mama dan Baba sempena ulangtahun mereka.

Hari ini juga Arissa berpakaian kemas dan cantik.Mungkin hendak mencuri perhatian atuk,nenek,Mak Ngah dan Usunya.Dia sendiri yang memilih baju gaun yang dipakai. Gaun biru laut berbunga kecil warna putih dan ungu yang Farah belikan semasa Aidilfitri tahun lepas. Kecil-kecil sudah pandai melaram!

"Best kan?Lagu lama ni.Penyanyi dia,Farawahida,"aku tersenyum.

"Dia comel tak?Ada macam Arissa tak?" Arissa berseloroh.

"Hehehe..Apa pulak?Anak papa lagi comel!" aku mencuri cubit pipinya yang putih gebu. Geram!

"Sakit la,papa..Ehe!"Arissa menggosok pipinya yang sudah merah bekas dicubit."Papa,kenapa nenek dgn atuk celebrate anniversary diorang?"Arissa bertanya lagi.

"Because they love each other la.."aku menjawab ringkas kerana aku lebih menumpukan pada jalanraya yang sibuk.Kami sudah sampai di Sunway Pyramid ,masalahnya simpang masuk ke tempat letak kereta agak sesak.¬

"Then, papa tak sayang mama la..?" suara Arissa perlahan seperti sedikit berbisik. Aku terkejut dan baru aku sedari yang Arissa tidak lagi menggoyangkan kaki mengikut rentak lagu yang dimainkan di radio.

"Kenapa Arissa cakap macam tu?" aku serba salah dan tidak tahu untuk berkata apa.

"Sebab papa dengan mama tak pernah celebrate anniversary macam atuk dengan nenek,tak bagi hadiah macam diorang" renungan mata Arissa sudah kelihatan mendung.

"Arissa..". Dia menoleh ke arahku. Pandangannya sayu."Arissa, papa sayang mama. Mama pun sayang papa. Tak semestinya kalau kita sayang seseorang tu kita kena celebrate.Lagipun , mama kan kerja. Dia jauh. Macam mana nak celebrate?Nak tau tak..? Mama dah pun bagi hadiah yg cukup bermakna untuk papa.." jelasku panjang. Mudah-mudahan pujukku menjadi.

"Hadiah apa?" setelah sekian lama membisu dan monyok,Arissa bersuara kembali.

'Alhamdulillah,' bisik hatiku.Risau jika Arissa terus bersedih."Arissa la hadiahnya.."jawabku. Arissa tersenyum lebar.Senyumannya meredakan kerisauan ku tadi.'Ya Arissa ,senyuman Arissa lah hadiah paling beharga dalam hidup papa'.

..Tanpamu ku rasa suramnya tanpa cinta,
Oh,tanpamu ku rasa resah dan gelisah....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home